Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Di sekolah

Senaman
Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Contoh senaman ialah berlari, berjoging, berjalan, berenang, lompat tali dan berbasikal.
Aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal ialah pergerakan yang dihasilkan oleh pengecutan otot yang dapat membakar kalori secara berlebihan. Aktiviti fizikal seperti kerja-kerja yang sering dilakukan di rumah. Contohnya, menyapu atau mop lantai, mengemas rumah, membasuh kereta, berkebun di halaman rumah atau menaiki tangga.
Antara faedahnya ialah:
a) Meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem peredaran darah dengan :-
• Menguatkan otot jantung dan meningkatkan fungsinya.
• Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
• Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
• Meningkatkan peredaran darah di seluruh badan.
• Meningkatkan fungsi paru-paru dan penggunaan oksigen.
b) Meningkatkan kecepatan pergerakan dan kelembutan badan.
• Mengurangkan kecederaan otot dan sendi serta masalah sakit belakang / pinggang.
• Meningkatkan prestasi dalam sukan.
c) Memperbaiki tonus dan postur.
• Menambahkan keterampilan diri dari segi fizikal.
• Mengurangkan risiko sakit belakang / pinggang.
d) Menambahkan kekuatan dan daya tahan otot.
• Otot menjadi lebih kuat dan dapat melakukan sesuatu pergerakan dengan lebih baik dan lebih
lama, seperti mengangkat barang yang berat.
e) Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan dapat mencegah 
obesiti atau kegemukan.
• Senaman secara tetap dan teratur di samping amalan pemakanan yang sihat dapat membantu mengawal berat badan dan mencegah kegemukan.
• Senaman membantu membakar lemak badan dan menjadikan otot lebih kuat.

10 Response to "Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Di sekolah"

  1. Abd. Karim says:
    July 9, 2011 at 11:23 AM

    Kepentingan pendidikan jasmani memang tidak dapat dinafikan. Untuk menjadikan tubuh badan kita sihat, kita perlu menjalani aktiviti pendidikan jasmani secara berterusan, tambahan pula dalam usia kita yang kian meningkat.

  2. zaleha210488 says:
    July 9, 2011 at 12:01 PM

    PJ adalah satu mata pelajaran yang amat penting bagi perkembangan psikomotor kanak-kanak. Pengajaran ini perlulah dijalankan secara teratur agar kesan aktiviti dapat membantu pembentukan otot dan minda muris.

  3. Anonymous Says:
    July 10, 2011 at 7:56 PM

    pendidikan jasmani adalah matapelajaran penting dan tidak harus diabaikan.

  4. hairnaney210063 says:
    July 10, 2011 at 9:16 PM

    badan cergas,otak sihat...pj dan matapelajaran lain saling memerlukan.sebagai guru kita harus bijak mengimbanginya.

  5. Hairnaney210063 says:
    July 10, 2011 at 9:19 PM

    pj boleh mengelakkan kemungkinan obesiti ke atas pelajar kita.

  6. A'zura s210202 says:
    July 10, 2011 at 9:25 PM

    Pendidikan PJ bukan hanya boleh diajar di luar kelas oleh guru PJ sahaja, tapi guru lain juga boleh mengajarnya di dalam kelas. Contoh guru BM, boleh mengambil masa 5 minit membuat regangan untuk murid-murid yang dilihat mengantuk di dalam kelas.Bagaimana... setuju atau tidak dengan pendapat saya ini ?

  7. Mazlina Ramly says:
    July 10, 2011 at 10:33 PM

    Setuju, saya sebagai contoh walaupun mengajar subjek yang berat iaitu BI dan Sains tetapi masih boleh mengajar PJ sebagai subjek tambahan. Kita sebagai guru perlu jadi fleksibel iaitu serba boleh.

  8. norizam8571 says:
    July 11, 2011 at 8:28 PM

    Maklumat yang berfaedah untuk semua. Kesihatan perlu dijaga tak kira peringkat usia..

  9. Mazlina Ramly says:
    July 12, 2011 at 9:49 PM

    terima kasih kawan-kawan yang komen.Semoga ilmu ini dapat menjadi panduan untuk kehidupan yang lebih sihat.

  10. Noorazian Md. Noor says:
    July 15, 2011 at 9:49 PM

    badan sihat otak cergas

Post a Comment