Cara Hidup Sihat.

Bersenamlah selalu untuk mengekalkan kehidupan yang sihat. 


Lakukan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
Lakukan aktiviti fizikal seperti berikut:
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda iaitu aktiviti ringan ialah berjalan kaki, aktiviti regangan dan aktiviti berkebun yang ringan, manakala aktiviti yang sederhana ialah berjalan laju, berbasikal, berenang, menari, lompat tali, aerobik, berlari-lari anak dan turun anak tangga.


0 Response to "Cara Hidup Sihat."

Post a Comment